4/12/2023 0 Comments Laporan kewangan programSejak tarikh itu sehingga sekarang, penyata kewangan syarikat sarat hutang tersebut masih menjadi misteri termasuk kepada menteri-menteri kabinet. Ini kerana ujarnya, kali terakhir akaun 1MDB diaudit dan diterbitkan ialah pada bulan Mac 2014. “Jika 1MDB boleh mendedahkan perbelanjaan RM56 juta sejak enam tahun lalu menaja 5,711 jemaah haji ke Mekah, mengapa 1MDB tidak boleh mendedahkan laporan kewangannya sejak tiga tahun lalu?” soal Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya. “Jumlah hutang 1MDB boleh berada sekitar RM50 hingga RM55 bilion – yang mana RM56 juta yang digunakan 1MDB untuk menaja Jemaah haji ke Mekah sejak enam tahun lalu sejak 2011 berada di sekitar 0.01 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang 1MDB. Namun, di sebalik pengumuman itu, timbul pula persoalan lain melibatkan syarikat terpalit skandal pengubahan wang antarabangsa itu. Menurut Pengerusi Jawatankuasa program berkenaan Datuk Jailani Ngah, pada tahun ini pula seramai 1,100 jemaah ditawarkan menyertai program tersebut. Sejak tahun 2011, seramai 5,711 jemaah telah ditaja menunaikan haji dengan perbelanjaan sebanyak RM56 juta melalui program khas Perdana Menteri -Yayasan 1MDB. Setelah dedah maklumat tajaan haji, 1MDB digesa dedah laporan kewangan lengkap.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |